Panduan Berinteraksi Bersama Pelajar

Untuk sessi perkenalan di antara guru dan pelajar baru, pihak pengurusan telah menyediakan skrip perbualan asas sebagai panduan cara berinteraksi bersama pelajar.
Guru-guru boleh mengolah atau menggunakan kreativiti sendiri berpandukan skrip yang telah disediakan. Panduan ini bertujuan untuk memberi gambaran dan idea kepada guru untuk memulakan perbualan bersama pelajar. 

1. Guru ~ Mulakan Perbualan

Assalamualaikum Wmt. Wbt.

Berikut adalah contoh panduan sessi perbualan di antara guru dengan pelajar.

✅ Skrip – Guru memulakan sessi perbualan dengan pelajar :-

Apa khabar Puan Zaitun? Nama saya Ustazah Nurul.
Saya guru yang akan bersama Puan Zaitun sepanjang sessi kelas membaca Al-Quran kita.
Selamat Datang diucapkan kepada Puan Zaitun ke kelas mengaji online bersama Tausiyah Global ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Zaitun kerana telah menyertai program pengajian Al-Quran bersama kami ini.

Ok, sebelum kita memulakan sessi kelas, mungkin Puan Zaitun boleh ceritakan serba-sedikit mengenai diri Puan Zaitun, contohnya macam Puan Zaitun berasal dari mana, sudah berkeluarga atau belum, dah pernah ke belajar mengaji di mana-mana tempat pengajian sebelum ini? dan mungkin juga Puan Zaitun boleh kongsikan apa matlamat yang ingin dicapai bila join dengan Tausiyah Global ini.
(Beri masa kepada pelajar memberi maklumbalas – 2minit)

✅ Skrip – Respond Guru

Okay baik terima kasih atas perkongsian Puan ya. 

Tentang diri saya pula, Puan Zaitun boleh panggil saya Ustazah Nurul atau nak panggil  Ustazah sahaja pun boleh.

Serba sedikit tentang latar belakang saya, saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan sekarang ini menetap di Wangsa Maju bersama keluarga saya. Saya mula mengajar membaca Al-Quran ini pada tahun 2012 secara fizikal dan juga online kepada pelajar-pelajar saya sehingga sekarang. Itulah serba sedikit mengenai saya.

✅ Skrip – Guru

Baik, kalau Puan Zaitun sudah ready, kita boleh start kelas ya?

🤲 Guru mulakan kelas dengan membaca doa

⏰ Kelas Mengaji Online bermula (Kelas Percuma, Kelas 15 minit, 30 minit atau kelas berkumpulan)

👍 Sebelum kelas di tamatkan, Guru perlu membaca doa penutup.

Sessi kelas tamat.

* Maklumkan kepada pelajar tarikh dan masa kelas yang akan datang.

 

Shopping Cart
Scroll to Top