Panduan mengajar
Al-Quran cara
Tausiyah Global
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan/Puan kerana memilih Tausiyah Global sebagai platform mengajar Al-Quran secara online.
Untuk makluman, pihak pengurusan Tausiyah Global menyediakan satu garis panduan yang perlu dilaksanakan dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada
pelajar-pelajar kami. Pihak Tausiyah Global juga amat menitikberatkan keseragaman didalam teknik-teknik berkomunikasi, adab sopan, ramah mesra, displin dan tepati masa semasa berinteraksi bersama pelajar-pelajar kami. Ini akan memberikan imej yang baik dan berkualiti kepada Tausiyah Global.
Berikut adalah garis panduan asas yang perlu dipatuhi sebagai guru di Tausiyah Global :-
Panduan - Sessi Kelas bersama pelajar
- Tepati jadual masa kelas dengan pelajar. Guru perlu bersiap sedia seawal 5-10 minit sebelum kelas bermula.
- Mulakan komunikasi bersama pelajar dengan pendahuluan - ucapan salam serta beramah-mesra dengan pelajar. (Tanya kabar dan sebagainya)
- Maklumkan sessi kelas samada kelas pengenalan percuma, kelas 15 minit atau kelas 30 minit kepada pelajar. (Untuk pelajar baru)
- Mulakan kelas dengan bacaan doa oleh guru dan minta izin kepada pelajar untuk memulakan sessi kelas.
- Semasa sessi kelas, sebarang gangguan dari luar tidak digalakkan. Seperti penggunaan HP, Berinteraksi selain kepada pelajar.
- Guru perlu fokus dalam setiap bacaan pelajar dan fokus dalam pendengaran setiap ayat yang dibaca.
- Setiap teguran kesalahan bacaan oleh pelajar, guru hendaklah menegur secara berhemah dan lemah-lembut.
- Jangan memaksa pelajar sekiranya pelajar tidak fasih sebutan dan sebagainya. Beri pelajar masa untuk memperbaiki bacaannya.
- Pastikan kelas berjalan dengan suasana yang mesra dan ceria diantara pelajar dan guru.
- Akhiri kelas dengan doa penutup dan ucapan terima kasih kerana menyertai kelas pada hari tersebut.
Assalamualaikum Wmt. Wbt.
Salam perkenalan dari saya. Nama saya ______________________________.
Boleh panggil saya Ustaz/Ustazah atau nama yang selesa dipanggil.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyertai program mengaji Al-Quran bersama Tausiyah Global.
Sebelum kita memulakan sessi kelas, izinkan saya ceritakan serba sedikit mengenai latar-belakang saya.
- Saya berasal dari __________________
- Sekarang saya tinggal di ______________________
- Saya masih bujang/berkahwin/berkeluarga+anak
Sebelum kita memulakan program pengajian Al-Quran,
Boleh tuan/puan memperkenalkan diri? Dan ceritakan serba sedikit mengenai diri tuan/puan.
Nama
Umur
Lokasi tempat tinggal
Pengalaman pernah belajar dan membaca Al-Quran.(Ya/Tidak)
Apa matlamat atau tujuan yang ingin dicapai apabila mengaji di Tausiyah Global?
Baik. Terima kasih atas maklumat yang dikongsi kepada saya.
Untuk sessi kelas kita, Tuan/Puan selesai saya panggil apa ya? (Nama samaran, atau gelaran yang pelajar biasa)
Baik. Kalau macam tu, saya panggil Tuan/Puan dengan nama __________________.
👉 Guru (Terangkan mengenai latar belakang Tausiyah Global)
Sebagai pengenalan,
Saya akan berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang apa itu Tausiyah Global.
Tausiyah Global ini adalah sebuah syarikat yang mula bergiat aktif didalam bidang pembelajaran Al-Quran ini pada tahun 2020 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2024 untuk mula menerima pelajar-pelajar secara online.
Maksudnya sebelum pembelajaran online ini dibuka kepada umum, kami lebih fokus kepada belajar dan mengajar secara bertalaqi daripada guru-guru yang mempunyai pemegang sanad Al-Quran. Dan bermula pada tahun 2024, kami mengambil keputusan untuk menyebarkan ilmu pengajian Al-Quran ini secara online kepada umat islam khususnya di Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara.
Guru-guru di Tausiyah Global ini juga, terdiri daripada guru yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam mengajar membaca Al-Quran.
Ada diantaranya guru-guru sekolah agama, ustaz atau ustazah , golongan professional antaranya pensyarah, guru motivasi dan lain-lain bidang.
Tentang diri saya pula, saya berkelulusan di dalam bidang __________________________________
(Diploma/Ijazah dan sebagai nya) dan berpengalaman mengajar mengaji Al-Quran selama (maklumkan tahun) secara fizikal dan juga online.
👉 Guru (Mulakan sessi kelas)
Kelas Percubaan Percuma, Kelas 15 Minit, Kelas 30 Minit
Jadi, Insya-Allah kita akan sama-sama belajar mempelajari Al-Quran dan memperbaiki bacaan Al-Quran kita.
Saya akan bimbing dan berkongsi ilmu dalam sessi kelas ini ya.
Tuan/Puan tenang kan diri , ambil nafas dan kita akan mula dengan bacaan doa oleh saya dan mulakan sessi kelas selepas habis bacaan doa. Insya-Allah.
— Letak Doa —
Untuk pelajaran pertama,
Boleh tuan/puan mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah?
Semasa pelajar membaca surah Al-Fatihah,
• dengar dengan teliti cara bacaan pelajar sehingga selesai.
• jangan tegur jika ada kesilapan atau kesalahan bacaan semasa membaca.
👉 Apabila pelajar selesai membaca surah Al-Fatihah
Alhamdulillah.. saya sudah dengar bacaan surah Al-Fatihah dari tuan/puan tadi.
Disini saya membuat rumusan terdapat bahagian-bahagian yang kita boleh perbaiki cara bacaan tuan/puan tadi.
Antaranya dari segi bacaan panjang/pendek baris, sebutan makhraj (huruf), pernafasan dan cara berhenti ayat.
👉 Guru mengajar dengan ilmu dan kreativiti sendiri kepada pelajar.
👍 Penutup sessi kelas. Selesai.
Alhamdulillah sedar tak sedar, masa kelas dah sampai ke penghujung.
Kita akan sambung untuk sessi kelas seterusnya pada _____________ (Haribulan & Masa)
Kita sudahi dengan doa penutup.
Beri ucapan Assalamualaikum… jumpa nanti sessi seterusnya.
— Letak Doa ——
❤️ Tamat Sessi Kelas. ❤️